Menjadi Pusat Kecermerlangan pendidikan kemahiran teknikal dan vokasioanal dalam bidang kejuruteraan, pembinaan dan hospitaliti serta berazam dalam melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir negara yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kearah pertumbuhan ekonomi negara.

 

Matlamat

Menyediakan program latihan kemahiran vokasional dan tenaga kerja mencukupi dan benar-benar memenuhi pasaran pekerjaan. Menyediakan program dan aktiviti ko-kurikulum yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan potensi pelajar.

Memupuk dan mengekalkan perhubungan rapat dengan industri melalui perundingan, lawatan serta program kerjasama antara pihak kerajaan dan industri. Memberi perkhidmatan cemerlang kepada klien luar dan dalam kolej dengan memberi layanan yang mesra dan segera sentiasa prihatin terhadap keperluan mereka.

Menguruskan dan menyelenggarakan segala kemudahan dan sumber di kolej dengan baik agar ia dapat digunakan sepenuhnya untuk manfaat pelajar dan staf.