Lebih dari satu dekad yang lalu, negara kita menghadapi kekurangan pekerja mahir yang terlatih dan yang diiktiraf dalam industri automotif, perkilangan, dan perkhidmatan.

Hakikat ini amat ketara dan kritikal sehingga negara kita terpaksa meminta bantuan dari negara lain seperti Indonesia dan kemudian India dan Bangladesh untuk menghantar rakyat mereka untuk bekerja sebagai pekerja mahir.

Maka dengan tujuan inilah Yayasan Septronic bersama Kolej Kemahiran Septronic ditubuhkan pada 2hb Januari 2003 untuk melatih dan membimbing belia-belia yang cenderung ke arah kemahiran untuk mengikuti kursus kemahiran.

Septronic adalah pusat latihan kemahiran tinggi yang telah diakreditasikan oleh:

1)        Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

2)        Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia

3)        Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia

Kursus-kursus kemahiran berimpak tinggi yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia adalah seperti berikut:

  • Diploma Automotif  – Service & Maintenance
  • Diploma Automotif – Collision Repair Re-engineering
  • Diploma Automotif – Spray Painting
  • Elektrikal
  • Pastri
  • F&B ( Pramusaji )

 

Kursus-kursus kemahiran berimpak tinggi yang telah diakreditasikan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:

  • Diploma Golf and Resort Maintenance Technician
  • Diploma Collision Repair Reengineering

 

Kursus-kursus kemahiran berimpak tinggi yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia adalah seperti berikut:

  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (Safety and Health Officer)
  • Penyelia Keselamatan Tapak Binaan (Site Safety Supervisor)

 

 

Tumpuan perniagaan teras kami adalah untuk membangunkan tenaga kerja mahir separa profesional dan profesional dengan memberikan latihan kemahiran  ‘hands on’ , pembangunan kendiri dan nilai-nilai kebolehkerjaan yang dikehendaki oleh industri.

Bagi melengkapkan sesi pengajaran dan pembelajaran, pelatih-pelatih juga diberi penilaian teori, penilaian pengetahuan, penilaian praktikal dan penilaian nilai-nilai kebolehkerjaan. Ini dapat membantu pelatih dalam membina keyakinan diri dan bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.

Septronic juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa  teknikal (Technical Advisory Committee) dengan pihak industri dari bidang-bidang yang berkaitan. Ini membolehkan Septronic untuk menambahbaikkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut piawaian industri.

Sehingga kini seramai 3000 pelatih telah berjaya menamatkan Sijil Kemahiran Malaysia dan telah mendapat penempatan penuh di syarikat-syarikat automotif, kilang-kilang dan hotel-hotel yang bereputasi.

Septronic telah ditauliahkan oleh badan pengiktirafan antarabangsa, City & Guilds,UK dan I-CAR Australia (Inter-Conference on Collision Repair) pada tahun 2012. Dengan adanya kemudahan dan peralatan yang lengkap, tenaga pengajar yang terlatih, berpengalaman, dan diiktiraf oleh JPK bersama-sama dengan guru-guru akademik yang mempunyai ijazah, Septronic meyakini para pelatih akan memperolehi tahap kemahiran dan kekompetenan yang lebih tinggi serta berupaya untuk merebut peluang-peluang pekerjaan dalam industri yang berkaitan dalam bidang teknikal dalam negeri dan juga untuk pasaran luar negara.

Septronic juga telah berjaya mendapat penarafan bintang yang tinggi dari JPK dan telah bekerjasama dengan beberapa badan berkanun dan jabatan-jabatan dari pelbagai kementerian.

Septronic mempunyai tenaga pengajar yang mahir dalam bidang-bidang yang tersebut di atas. Tenaga pengajar untuk kursus-kursus ini telah diiktiraf dan mempunyai banyak pengalaman. Septronic juga menjamin penempatan pekerjaan 100% kepada para pelatihnya.