Lebih dari satu dekad lalu, industri menghadapi kekurangan profesional teknikal terlatih yang amat kritikal di pasaran. Sebagai respon, Puan Sugunadevi Arjunan melihat keperluan nyata untuk menubuhkan sebuah pusat latihan yang ideal, iaitu Septronic Skills Training Centre Sdn. Bhd.

Puan Sugunadevi dengan cara sederhana bertanggungjawab untuk menubuhkan pusat latihan kemahiran pada tahun 2003. Beliau bertanggungjawab antaranya untuk pembangunan Septronic, operasi pentadbiran, latihan dan pembangunan pensyarah, perancangan dan perlaksanaan program ko-kurikulum.

Sebelum menubuhkan Septronic, Puan Sugunadevi pernah menjawat jawatan sebagai Pengurus Program dengan Institut Bina Usahawan (IBU) melaporkan terus kepada ketua Eksekutif. Beliau membantu IBU untuk mendapatkan kelulusan yang setaraf dan persijilan untuk IBU bagi menjalankan Higher National Diploma serta pelbagai kursus yang diperakui oleh antarabangsa.

Puan Sugunadevi memulakan kerjayanya sebagai seorang pensyarah perakaunan dan kewangan untuk program ACCA, CIMA dan ICSA. Setelah memperolehi MBA di Universiti Malaya, beliau ditawarkan sebagai pensyarah di Fakulti Perniagaan di mana beliau bekerja selama setahun sebelum menubuhkan Septronic. Sejak itu beliau terus mengambil langkah maju ke hadapan.

Septronic menjalankan kursus Mekanik Kenderaan Motor bermula pada tahun 2003 di Selayang, Selangor. Pada tahun 2005 Septronic berpindah ke Jalan Ipoh untuk menambah kursus elektrik dan memerlukan kemudahan yang lebih luas. Apabila industri pelancongan Malaysia berkembang pesat, permintaan untuk soft Skill seperti penyediaan makanan & minuman (F&B) dan kursus pastri meningkat secara mendadak di industri perhotelan, Puan Sugunadevi mengambil kesempatan untuk memulakan kursus – kursus ini. Hambatan untuk ruang tambahan, mendorong beliau untuk mencari lokasi yang lebih luas pada tahun 2008 dan berpindah ke Sentul Raya, Kuala Lumpur pada awal tahun 2009.

Selanjutnya pada tahun 2010, Septronic Skills Training Centre berpeluang untuk bekerjasama dengan syarikat dari Amerika Sarikat, I–CAR International untuk menjalankan kursus Panel Beating dan Spray Painting ( Body Shop Paint ). Dengan adanya kursus – kursus kemahiran seperti Automotif, Panel Beating, Spray Painting, Elektrikal, Penyedian Makanan dan Minuman dan Pastri, Septronic Skills Training Centre berhasrat untuk menjadi “One Stop Centre” untuk kursus-kursus kemahiran.

Kemudahan seperti kolam renang, gelanggang badminton, Futsal, Sepak Takraw, Perpustakaan, Surau, cafe, gimnasium, dewan dan makmal komputer.