Penguasa sedang menjelaskan tentang penyelenggaraan turf kepada pelajar.


GOLF AND RESORT OPERATION MAINTENANCE TECHNICIAN

4 TAHUN (8 SEMESTER)

SEMESTER 1-SEMESTER 4 (SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)

SEMESTER5-SEMESTER 8 (DIPLOMA HOSPITALITY RESORT AND GOLF)

Kursus Golf and Resort Operation Maintenance Technician adalah satu kursus baru yang mendedahkan para pelatih kepada bidang Golf dan Resort.

Dalam kursus ini, pelatih akan mempelajari tentang cara-cara pengendalian padang dan lanskap dari segi penjagaan dan pengendalian rumput, saliran, pembajaan dan kawalan perosak . Pelatih juga akan diajar untuk membaikpulih peralatan-peralatan yang berkaitan dengan penyelenggaraan padang dan landskap seperti mesin jentera yang berkaitan.

Selain daripada mempelajari bidang teknikal, pelatih juga akan dilatih dalam bidang pengurusan. Pelatih yang mengikuti kursus ini akan mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam penyelenggaraan dan pengurusan golf dan resort.

Berikut adalah modul-modul yang akan dipelajari oleh pelatih dalam kursus ini:

1. Turf and Landscaping Maintenance

• Bunkers and Greens

• Moving styles and types

• Pest and Disease Control

• Fertilization

• Soil Compaction

• Thatch Management

2. Golf Course Drainage and Irrigation

• Maintenance and Replacement ; pipe,heads,wires

• Water features and wetlands

3. Golf Course Machinery and Facilities maintenance

• Club Fitting

• Buggy Repairing

4. Golf Course Renovation Operation

5. Daily Golf Operation

Pembelajaran teori akan dijalankan di Kolej Kemahiran Septronic manakala bagi latihan praktikal pula, akan dijalankan di Kelab Golf Bukit Beruntung. Pihak Septronic telah bekerjasama dengan Kelab Golf Bukit Beruntung bagi menjayakan kursus Golf and Resort Operation Maintenance Technician ini.

Kursus ini dapat membantu pelatih untuk menambah pengetahuan dalam bidang golf dan pada masa yang sama berkemahiran dalam menyelenggara dan membuka padang serta berkemahiran membaikpulih peralatan jentera yang berkaitan. Pelatih juga berpeluang bekerja dalam bidang berkaitan landskap seperti industri Golf dan Resort.

Setelah selesai menjalani kursus Golf and Resort Operation Maintenance Technician, pelatih berpeluang untuk menjawat jawatan seperti berikut dalam bidang yang berkaitan dengan industri Golf dan Resort:

• Executive Office

• Accounts Department

• Facilities Department

• F&B Department

• Golf Department

• Human Resource Department

• Administration

• Membership & Marketing Department

• Public Relation ( PR )

• Pro Shop

• Security Department

• Sales Department

• Golf Course Maintenance

• Hotel / Resort / Spa